26 February 2010

SALAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN RASULALLAH (saw)











Untuk kali ke 3 Desaria telah bekerjasama dengan ABIM NILAI /MANTIN untuk memberi peluang kepada sekalian warga Desaria bersama sama bersalawat ke atas junjungan Rasulallah (saw) dan semoga apa yang telah kita lakukan diberkati Allah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Lawati rakaman2 menarik sekitar sambutan Maulidur Rasul di Desaria di sini

25 February 2010

SEKITAR PELANCARAN PROGRAM COMBI DI DESARIA

Penglibatan sebahagian besar warga Desaria dalam program pada 21 Februari lalu amat memberangsangkan dan juga telah mendapat pujian dari Wakil MPN dan juga dari Wakil Kementerian Kesihatan. Diharapkan semangat ingin menjadikan Desaria ini bebas dari Denggi akan sentiasa berterusan dan program2 COMBI yang akan datang akan turut mendapat sambutan seperti ini.

Rakaman terima kasih dari Biro Hawa kepada penglibatan semua di Sini serta gambar gambar menarik sekitar hari pelancaran dan akticiti gotong royong boleh dilihat di blog DESARIA DESAKU YANG SEMAKIN MERIAH juga di blog NORISH.

Sekiranya ada lag blog2 warga desaria lain yang membuat liputan program, sila malumkan kepada penulis untuk di link kan.

17 February 2010

APA ITU PROGRAM COMBI

Kita bercerita tentang program COMBI yang akan dilancarkan di Desaria pada hari Ahad ini.

Di sini saya tuliskan semula secara ringkas apa itu COMBI agar kita mendapat pengetahuan asas tentang makna, dan matlamat program tersebut.

COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact . Program yang di asaskan oleh WHO dan dilaksanakan di sini oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Objektif nya adalah seperti berikut:
1. Untuk mengubah dan mengamalkan tingkah laku baru yang telah diperkenalkan
2. Untuk Mengurangkan kejadian penyakit Demam Denggi
3. Untuk Mempertingkatkan usahasama dalam mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi
.

Seterusnya Penilaian akan dilakukan terhadap program COMBI ini dimana perkara berikut akan di nilai

Pengetahuan mengenai
1. Penyakit Denggi
2. Kitaran hidup Nyamuk Aedes
3. Penguatkuasaaan undang2

Sikap
1. Terhadap tempat pembiakan nyamuk
2. Terhadap pembersihan tempat simpanan air
3. Terhadap penggunaan ubat jentik2
4. Terhadap semburan kabus

Amalan
1. Pemeriksaan rumah seminggu sekali
2. Membersih dan menutup tempat simpanan air
3. Menghubungi pihak berkenaan jika terdapat rumah kosong atau tempat yang berpotensi membiakkan nyamuk aedes ( sikap pro aktif)
4. Membersih bekas bekas yang boleh menakung air dan membuang ditempat pembuangan buangan sampah

Inilah secara ringkas, program COMBI yang akan berlangsung.

Kejayaan program ini amat bergantung erat kepada penglibatan semua tanpa mengira peringkat umur ,jantina , status kewarganegaraan , status pemilikan rumah dan lain-lainnya.

Untuk artikel penuh, layari garis panduan perlaksanaan program combi KKM di sini.

Juga beberapa web site yang boleh dilayari antaranya tentang denggi dan aedes dan juga forum forum yang berkaitan.

10 February 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Surau Desaria pada tahun ini akan bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Desaria dan ABIM NILAI untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul bertempat di SURAU DESARIA pada Hari Jumaat 26 Februari 2010.

Program tentatif pada hari tersebut adalah seperti berikut:

  1. Perhimpunan di perkarangan Surau Desaria pada mulai jam 7.30 pagi
  2. Perarakan yang akan di sertai oleh anak-anak dari semua cawangan TASKI ABIM NILAI MANTIN dan mungkin juga anak2 dari Tadika di Desaria. Laluan akan melibatkan Jalan Desaria 18, 19, 20 dan 21 serta Persiaran Desaria 2. Mulai jam 8 pagi
  3. Persembahan anak2 TASKI mulai jam 9.00
  4. Tazkirah oleh penceramah undangan mulai jam 9.45
  5. Persembahan penutup oleh anak2 TASKI
  6. Jamuan ringan - take away. dan bersurai jam 12 tghari

Semua warga Desaria dijemput hadir .

" Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah "

PROGRAM COMBI

SEPERTI YANG TERTERA PADA BANNER DI PERSIMPANGAN PERSIARAN DESARIA


TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 HARI AHAD

WAKTU & ACARA :
MULAI JAM 8 PAGI - MEMBERSIH KAWASAN SEKITAR RUMAH MASING2
JAM 11 PAGI - BERKUMPUL DI SURAU DESARIA UNTUK MAJLIS

PELANCARAN PROGRAM COMBI OLEH WAKIL PEJABAT KESIHATAN
SEREMBAN.



MATLAMAT NYA CUMA SATU, UNTUK MENJADIKAN DESARIA LEBIH BERSIH, DAN BEBAS DARI WABAK DENGGI.


LUANGKAN LAH SEDIKIT MASA TUAN TUAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA