30 March 2010

FASAL 4

Kita telah mendengar dalam perbahasan sewaktu AGM yang lalu tentang Fasal 4, Undang2 Persatuan. Apa itu Fasal 4?

Fasal 4 adalah merupakan tujuan ataupun matlamat penubuhan persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria Nilai.

Apakah 4 matlamat utama tersebut?

Yang pertama: Memupuk semangat dan sikap tolong menolong di antara ahli – ahli / penduduk dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Yang kedua : Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli/ penduduk berbilang kaum dan agama melalui aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan

Yang ketiga: Memajukan semua aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan dari segi
1. Pendidikan kanak-kanak
2. Kegiatan Surirumahtangga
3. Kebudayaan dan sosial
4. Kesukanan

Yang keempat : Membantu pihak berkuasa melindungi kepentingan penghuni mengenai hartabenda persendirian dan kepentingan bersama

Di sini saya ingin kaitkan antara matlamat penubuhan Persatuan dan aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh persatuan serta pengkelasan aktiviti tersebut samaada ia layak di panggil aktiviti persatuan ataupun tidak.

Sekiranya dibaca dengan teliti, persatuan sama sekali tidak pernah mengeksklusifkan matlamat penubuhannya ini hanya untuk ahli ahli persatuan sahaja sebaliknya ia turut melibatkan penduduk yang lain secara amnya. Ini jelas tertulis di dalam fasal 4.1 dan 4.2, di mana perkataan penduduk telah diguna pakai dan kalau mengikut takrifan wikipedia, penduduk adalah orang yang tingggal di kawasan berkenaan.

Sepertimana juga didalam Fasal 4.3, kepentingan penghuni dan kepentingan bersama telah diguna pakai tanpa merujuk langsung kepada kepentingan ahli persatuan sahaja.

Oleh yang demikian adalah kurang tepat sekiranya sebarang aktiviti yang di terajui atau di gembeling oleh persatuan tidak diambil kira sepenuhnya sebagai aktiviti persatuan hanya kerana ia melibatkan penduduk lain yang bukan ahli.

Yang sewajarnya di beri perhatian adalah bagaimana untuk membezakan antara penyertaan ahli persatuan dan bukan ahli persatuan dalam setiap aktiviti tersebut supaya ahli persatuan dapat menikmati keistimewaan dan faedahnya menjadi ahli.

Jalan yang paling mudah adalah dengan memberi insentif dalam bentuk yuran penyertaan program yang lebih rendah atau sekiranya mampu, persatuan tak perlu mengenakan apa2 bayaran untuk ahli2 menyertai apa2 aktiviti yang dilakukan berbanding dengan penyertaan bukan ahli persatuan.

Ini jugalah yang telah disuarakan oleh ahil ahli pada sesi ucapan penangguhan dalam AGM baru lalu. .

Kesimpulannya yang boleh saya buat di sini ialah ,

1. FASAL 4 adalah intipati penubuhan persatuan penduduk kita dan sewajarnya kita sebagai ahli persatuan memahami dan menghayati apakah maksud sebenar Fasal 4 itu.

2.Ahli Ahli perlu menyertai dan memberi seratus peratus sokongan terhadap usaha2 yang dijalankan oleh Jawatankuasa yang kita pilih
yang menjurus kearah pencapaian matlamat tersebut.

3.Fasal 4 juga secara langsung turut menggabungkan penduduk2 Desaria yang bukan ahli dengan ahli melalui aktiviti2 tersebut. Jadi tidak sepatutnya lagi timbul persoalan aktiviti persatuan hanya untuk ahli2 persatuan sahaja.



nota: ini adalah tafsiran peribadi penulis tentang Fasal4 undang-undang Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria Nilai dan tergerak untuk menyentuh topik ini berdasarkan perkembangan semasa ketika mesyuarat tahunan yang baru berlalu. Sebarang ulasan dan tafsiran yang berbeza adalah di alu-alukan dan dapat dijadikan panduan Jawatankuasa dalam mengelolakan perjalanan persatuan.